Sunday, January 2, 2011

Hola 2011..

 Pejam celik-pejam celik dah masuk tahun baru,lepas tu tetibe je dah raya cina,x lama dah masuk pose,raya balik,pastu 2012 plak,365 hari rasa mcm sekelip mata..(bagi yang kuat membuta


 Tapi bagi mereka yang sentiasa mengejar kejayaan,mengejar impian,setahun bagaikan terlalu lama,kalu boleh nak cepat je capai target.Kalau x caya cuba tanya orang yg dah tunang bulan 12/ 2010 n nak kawin masa cuti sekolah hujung tahun 2011,tu yang pepatah selalu sebut,sehari bagaikan seminggu,sebulan bagaikan setahun.


 Yang p tunang lame2 tu watper? tapi pasni kalau abah mertua  ko suh ikat tunang setahun,ko jgn gatal plak suh buat sebulan.'rileks ar pak,sebulan kan bagaikan setahun" Dalam sebulan ko nak korek kurang2 RM10k kat maner?


 Lain la kalau family kita ni kebetulan pengusaha syarikat perusahaan tokek bersaudara


.Fakta:tokek seberat 400gm boleh mencecah 4 ke 5 angka sekali jual.Lebih mahal dari kambing boer dan kulit ular sawa batik.industri haiwan eksotik ternyata sangat menguntungkan.


 Asal new year je,azam.azal new year je azam.seme dok tanya azam baru.Cube tnye azam yg 8 tahun lepas berturut2 dah lunas belum?


Fakta: Dari 3 orang mungkin hanya 1 orang je yg jawab dah.Tu pun kemungkinan besar menipu dengan niat.Statistik ni atas kajian aku sendiri berdasarkan experimen yg aku buat ke atas3 orang.Aku,dan 2 org kawan baik aku.Aku je yg mengaku dah lunaskan azam.

 Aku menerima ketibaan tahun 2011 dengan penuh tawaduk dan ijtihad,lebih2 lagi bunga2 awalan 2011 telah  menjanjikan kenaikkan taraf hidup sehingga diyakini mencapai tahap urban dan moden.Tahun dulu agak susah untuk ku membeli barangan yang mahal-mahal.


Tapi baru masuk 3 hari 2011 sahaja aku dah mampu membeli barangan yang boleh dikatakan mahal.Inilah dinamakan peningkatan taraf hidup individu.Dulu kalau mahal sket aku tak akan cuba-cuba memiliknya,kini tidak lagi.

Bayangkan aku mampu membeli bawang dengan harga Rm5.50,yg mana dulu cuma rm2.80,aku juga mampu membeli telur dengan harga RM10.80 sepapan yang mana dulu hanya Rm9.80,juga susu pekat,kelapa,bla bla bla...


 Cerita pasal petrol naik aku dah ulas dalam post sebelum ini,aku hanya berserah dan berfikiran positif.Aku anggap lebihan 5 sen itu sebagai sumbangan kerdil aku pada negara.Tapi aku tidak pernah mengeluh apa lagi mengadu domba.

Biar pun ramai yang mengatakan aku adalah seorang yang sangat2 tidak boleh dipercayai baik dari tutur kata atau perbuatan,aku tetap berharap agar harga petrol dapat dinaikkan lagi sekurang2nya 20 sen setiap bulan,kerana aku pernah mendengar orang yang miskin akan dihisab lebih awal dari orang kaya di akhirat.


Namun ,ada satu rahsia yang selama ini bertahun-tahun aku simpan,akan aku dedahkan pada tahun ini,rahsia yang tak ada seorang pun yang akan mempercayainya,aku yakin ramai yang akan mempertikaikannya,malahan ramai yang pasti akan berdemonstrasi seperti di stadium bung karno.Kini segalanya sudah terlewat,tiada siapa yang mampu menghalang aku dari pembuat pendedahan ini,tapi amaran dari aku,jika iman tak kuat,jangan cuba-cuba baca rahsia aku ini..


 Rahsianya adalah, aku..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tak hensem.


p/s:Aku lihat trend laki muda kanwin ngan wanita yang lebih tua semakin mendapat tempat dihati rakyat malaysia.Kenapa ek..yang ini akan aku siasat sendiri dalam edisi seterusnya.Posting yang lebih misteri,lebih mengelirukan,aku akan berusaha lebih gigih tanpa mengira penat dan jemu siang dan malam demi menjadi penulis blog yang setaraf dengan penulis-penulis blog yang terkenal seperti..




seperti..seperti yang anda tahu..kenali dan sebagainya.Majulah blogger untuk negara.


Nak tidur jap,mata letih plak baru pas pekena nasik.


zzzzz













1 comment: