Tuesday, January 11, 2011

Aku tertekan..... the return..ep.2



Tak kerja bukan kerana Finacial Freedom

2,3 minggu mengangggur, sedap tidur.Duit makin habis x kerja, bapak aku dah bising2, aku dah imun dah tak layan sangat.Tapi aku kuar gak umah, nak cari kerja yang setaraf dengan Spm aku yang power ni lah kononnyer.Buat aper aku nak takut, biar tangguh dulu takper Spm aku akan menjamin hidup aku, tunggulah bila aku dah rajin sok aku belajar lah balik kot.

1999.umur aku baru masuk 19tahun.bagi aku hidup ni masih panjang, boleh lah aku berehat setahun dua sebelum meneruskan pengajian, kononnyer.tapi nak belajar perlukan duit, nak duit perlu kerja.itulah hukum alam.

..Akhirnya setelah puas merayau mencari kerja aku diterima bekerja disebuah kilang yang baru dibuka, tak berapa jauh dari rumah aku.syukurlah aku diterima sebab tak perlu aku pergi jauh jauh cari kerja.abang yang interview aku tu
pandang sekali lalu je sijil2 aku yang tebal tue.apa dier tak imprress ke dengan results SPM aku.Tapi dia lebih berminat dengan sijil olahraga aku, dia kata aku kuat lari( memang kuat escape class pun dulu)Ader 1 budak india tu pun dia puji gak,vijay ke ape namer dia tak ingat..Dalam hati aku, mesti dapat Supervisor ni basic koman2 RM900 tu belum dikira dengan sijil lagi at least RM1200.Tak sabar sabar aku nak kerja sok nih.

Buruh Kasar,bahasa kasar


SPM1,RM14 sehari, elaun kenderaan RM1.50.Betapa tertekannyer aku bila dapat tau gaji aku banyak ni jer.Memang la elaun kenderaan RM1.50 tapi konfem tak dapat coz pi kerja naik van kilang dah tu driver hari2 bukak THR Raggaa.Tak boleh jadi ni, kena beli motor cepat-cepat, bleh bangun lambat sket kalau tak kul7 dah kena bangun.

Zaman tu orang bujang kampung aku banyak yang pakai RG ngan panther. tapi aku tak minat, aku nak beli RXZ.Budak2 cina lagi lah tah aper2 pakai 125z, handle dikepak2 plak tue, lagi aku tak minat.Si Vijay tu plak bila aku cerita motor kat dier, balik2 cerrta nak beli modenas Jaguh patu nak modified mcm harley,bila aku gelakkan dia naik angin plak, ego sungguh budak ni.Aku mula pasang angan2 nak beli motor RXZ, motor yang bapak aku paling anti sebab takut aku terjebak lumba haram.Sebenarnya dia nak suruh beli motor yang ader bakul senang dia pakai beli barang, macam lah aku tak tau.

Setelah beberapa minggu aku kerja kat kilang Sarung tangan ni berat badan aku memang jatuh mendadak, panas.Aku kena jaga mesin setinggi bangunan 2 tingkat sepanjang 70meter, (patutpun Supervisor hari tu tengok sijil sports aku).bila berada kat atas mesin tu tak boleh lama2 takut pitam, biasanya aku berlengging jer, tak boleh tahan.Kalau awek lab tu datang ambik sample chemical cepat-cepat aku pakai baju, malu, lagi pun awek tu selalu senyum2 kat aku.

Kerja kilang ni macam robot campur kuli batak, tak berbaloi dengan penat yarabbi, kekadang aku terfikir gak, buat aperlah belajar sampai SPM kalau setakat nak kerja kilang,dah tue tak belajar ape2 pin.Tapi bapak aku pun tak pernah tanya, janji aku bagi duit bulan2 kat mak aku dah cukup.Rase macam nak berentilah, ye aku mesti berenti pergi belajar.Tunggu aku beli motor aku berenti lah.

Setiap kali aku masuk kilang sambil punchcard, bebudak yng bawak motor ni selalu perah2 kuat plak tue.alah, setakat nak tarik perhatian awek2 kilang, berlagak.Macam2 motor ader,ekzos pun pelik2.rase macam nak try bawak la motor RXZ tue, agak2 bleh ke budak2 tu bagi pinjam.Boleh, boleh blah.5 tahun di sekolah berasrama penuh salah satu faktor aku tak pandai bergaul dengan budak2 luar ni. seganla, macam maner aku nak geng ngan diorang nie.Diorang ni muka macam penagih pun ader,tapi mamat yang sorang tu ngan geng2 dia nampak macam ok jer.Tapi aku takut lagi nak tegur diorang, hai kan bagus kalau boleh buat sistem barter, aku bagi rokok, dia bagi pinjam motor sekejap.
aku nak try je, sekejap pun jadila.

No comments:

Post a Comment