Tuesday, January 11, 2011

Aku tertekan..... the return..ep.3



Teringin

Tak sangka Si Man ni baik orang nyer, aku yang mula tegur die masa kat kantin, eksyen jer puji, motor abang ni bestlah bunyik dia, lari mesti kuat dan selalu menang race ni kan(skrip dari novel ape aku ambik, ahadiat akashah kot) kembang plak si Man ni.Pas makan aku hulur dia rokok.

Taktik menjadi.Selepas beberapa ketika aku berkenal2 ngan Abg Man dan geng2 dia dan dekat sekotak rokok aku dah hulur, dapat gak aku merasa RXz ni sekali 2, tapi tak berapa lancar sebab aku tak reti bawak motor ader klass nie.

Geng2 dia panggil aku kayu sebab kata aku ni lurus bendul.Tak kisah la bang janji aku dapat perah motor kau ha ha..ko yang lurus bendul sebab dah terkena ngan aku.Mungkin juge, aku rase dia dah menghidu niat aku, tu yang asik pau rokok aku jer.win win situation.Tapi bila sampai tahap pau pagi, tghari petang aper kejadahnyer, apsal orang suka membuli orang macam aku ni?

Bila kita nak kan sesuatu semangat kita jadi ber kobar-kobar.Sifat malas aku mungkin dah kurang 10%.Aku bantai OT hari2, buat potongan gaji RM350 setiap bulan.Nasib baiklah Tabung haji tu tak jauh,saperlah yang cadangkan aku potong sampai 70% gaji ni.Tak pasal2 tengah bulan aku pi kuarkan 2rat dari TH.Buang duit bas jer.Lepas 5,6 bulan masih tak cukup untuk bayar muka motor.Aku ader dalam 7rat, kurang lagi RM1800 je. Toke kedai motor to nak RM2500, giler betul aku mesti ambik tindakan yang drastik...

Main kutu.Kalau org lain main kutu sebulan 1rat, aku main 3 orang je sebulan RM500.Memang giler sebab ikat perut betul-betul ni.Sanggup tak kuar duit mkan, bawak bekal hari2.Tapi rokok still isap cuma jimat2 dan jaranag ofer kat budak2 ni.Isap tau beli tak tau.Kekadang rokok ader, lighter takder.Lighter aku pun selalu pinjam tak dipulang.Pen aku pun same gak.Mungkin dah jadi habit diorang ni.So, aku cuma kena tunggu 3 bulan jer tuk cukupkan duit.Alah pejam celik pejam celik dah 3 bulan , kejap je tu

Aku dah tak sanggup menunggu lamer, bulan kedua jer aku merayu kat pemain yang sorang ni untuk ambik turn dier.Yahoo, duit aku dah cukup!Siap la ko RXz ha ha.

Masih aku ingat lagi bau ekzos motor baru yang wangi tu.Tak jadi ambik RXz sebab bulanan mahal sangat.125 pun 125 lah.syok lah bapak aku.Hari pertama parking dikilang, kembang siut lubang hidung, ramai dok tengok2 motor aku yang kaler kuning ni, aku rase takder lagi budak melayu pakai 125 time tu.

Awek2 kat kilang tu pun senyum2 je ushar motor aku yang berkilat ni, naik saham aku ni.Ok gak 125 ni yek.Macammanelah akubleh tak minat kat ko.Tapi bila geng abg Man tu dok ushar2 aku rase x best plak.
Hai, jangan2 diorang nak test perah.Ah, aku takkan benarkan, tengok boleh la, bukannyer aku tak tau diorang bawak macam gila2 siap willi plak tu.Jahanam motor baru aku ni.NO NO means No.

Hampir separuh kilang try bawak motor aku tu, cepat jer aku dapat member baru.Aku jadi tumpuan gak dalam seminggu dua.Best gak diorang layan aku siap bagi rokok tu nak perah nyer pasal.Pandai betul taktik kotor diorang ni, hai sanggup diorang buat macm tu skali semate2 nak try. jakun.Mane lah diorang belajar ni?

No comments:

Post a Comment