Saturday, January 8, 2011

Aku tertekan..... the return.

 Once Upon A Time
Nama aku Zul, seorang pemalas yang agak berkaliber.Jarang jumpa pagi atau Subuh.Hidup takde matlamat. Kekadang aku pun tak tau aku nak wat aper ngan life aku yang membosankan ni

Aku jenis yang suka layan kepala sendiri,duk diam2. agaknya la pasal tu aku kurang kawan kecuali kawan sekolah( itu pun macam mengelak bila terjumpa) mungkin takut terkena badi malas..

Walau pun aku malas tapi aku rajin berangan2 nak drive keta sport and ader income best, awek yang cam model..sewel sebab angan2 tak selari dengan usaha.Aku kekadang tertekan tengok membe2 ramai dah ader kerjaya kawin dan sebagainya.jeles sebab aku takder..

Terus berangan-angan sampailah pada satu tahap aku jadi amat tertekan dengan sifat malas aku yang aku benci tapi susah nak buang...Aper aku nak buat dengan hidup aku?

30 Jun 2006 Bapa aku telah menyahut seruan ilahi...Tibatiba aku jadi pengganti bapa aku menyara kuarga..maka tambah pulak masalah kewangan..

Walaupun begitu aku still susah nak buang sifat malas aku kenaper har?

Rupanya baru aku sedar yang tuhan itu maha pengasih pada hambanya?
Suatu peristiwa kecil tapi amat bermakna telah menjadi satu wake up call pada aku...most of this year i was dreaming...


Bukan senang Mau Senang..

Nama aku Zul( nama sebenar).memang benar selama ini aku dalam tidur yang panjang.. langsung tak memikirkan nak bina masa hadapan( pikir bila nak kawin aderla).Selepas spm(1998) aku terus jer bekerja macam-macam walaupun keputusan spm aku baik, amat baik.tetapi kerana faktor M yang menghuni disegenap minda dan jiwa aku, aku tak terniat nak sambung belajar.

Kerja di Super Market tahan setahun jer sebab hari-hari berdiri, last aku kena warning dengan Asst manager sebab kantoi mencangkung kat display cabinet.yang paling aku bengang itulah first time aku curi tulang sebab kaki aku dah letih sangat.Oleh kerana nak mempertahankan ego, aku bertekak dengan personel bila dapat warning letter tu.Aku maki dia kaw-kaw termasuklah manager tu kena sekali semasa dalam ofis.Padan muka dia!

Aku maki dlam hati jer sebab takder confident berhadapan dengan orang2 besar ni, aku jadi takut, tertekan aku mcmlah aku dah buat salah besar sangat, setakat mencangkung kat atas kabinet kaca, mana aku tau big boss dari kl datang hari tu

Demi maruah yang tercalar sebab kena sindir bebudak tempat kerja aku, aku chow la.Tapi aku tak berani nak marah diorang tue, dah la ramai badan besar2 plak.

Aku der la sorang kawan tempat kerja, nizam namenyer. Baik budak ni, solat tak tinggal,aku rasa die jer yang nak berkawan dengan aku kat situ, walau pun mulut dia selalu bau bawang tapi aku tak kisah.Nizam kesian gak tengok aku kena sindir,nak berenti kerja, dia tak kasi, takut aku takder duit nak bayar hutang motor nanti, hutang hi fi lagi(DVD belum ader lagi zaman ni) makan minum mcm maner.Aku tetap dengan nekad aku, aku tak kira, lagipun aku mana ader motor ke hi fi ker.Yang banyak berhutang tu dier, hutang motorla aperla.Pelik aku mamat ni...

to be conti..

No comments:

Post a Comment